Facebook Instagram Vedora Look Vedora Blog

Vedora Look | Style

  • Fashion Tips
  • Inside Vedora Look
  • Supermom's Tips
  • Shop
  • Ask Vedora Look

1. Perlu Gosok ke?

Hanya minima sahaja. Atau boleh sahaja terus sarungkan! Selesai sahaja mencuci, jemur dan gantungkan. Praktikal kan?


2. Kain Selesa Tak?

Material Kelly Blouse adalah dari Gabungan Moss Crepe dan Chiffon. Stylish dan Selesa untuk mommies.


3. Ada Zip Menyusu Tak?

Semua rekaan Vedora Look adalah khas untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Zip untuk menyusu memang dibuat khas untuk pelanggan Vedora Look.




Klik untuk dapatkan Kelly Blouse


4. Macam Mana Nak Suai Padan?

Kelly Blouse boleh dikenakan bersama seluar untuk aktiviti casual/formal. Boleh juga dipakai bersama skirt kesukaan! Sesuai untuk kemana-mana majlis rasmi ataupun aktiviti santai.




_____________________________

By: Vedora Look
_____________________________



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Di sebalik sifat tough dan dingin lelaki, dalam hati mereka sebenarnya ada taman. Taman bunga, rama-rama. Taman buaya pun ada.


Lelaki selalu kalah dengan orang yang dicintainya. Sekali orang yang dicintai kenyitkan mata, terus lemah-longlai kaki mereka.


Kredit: Tazkirah.net

Terkena panah arjuna katanya.Seorang isteri memang perlu selalu memikat suaminya.

Lelaki menunjukkan sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda. Tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.

Bimbang cintanya kian pudar? Cuba 21 cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.

1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.

Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.

2. Lembut

Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.

3. Comel

Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.

4. Makan bola, tidur bola, minum pun bola

Orang lelaki sangat sinonim dengan kopi dan bola. Beri dia masa untuk keluar minum dengan kawan-kawannya. Biarkan dia conquer remote control tv pada hari perlawanan. Dan, jangan lupa belajar buat kopi yang sedap juga. Barulah dia teringatkan anda waktu minum di luar nanti.

5. Percaya

Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.

6. Ibumu, ibuku jua

Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.

7. Masak

Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!

8. Sambut

Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.

9. Hadiah

Sekali-sekala, cuba belanja makan sewaktu anda keluar. Atau isi penuh minyak keretanya. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi anda tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.

10. Teman

Menjadi penumpang dalam perjalanan jauh memang buat kita mengantuk kan. Cuba bertahan dan temaninya berbual. Waktu inilah cerita-cerita tergendala dapat dibincangkan. Urut lembut bahunya. Siapkan bekalan kopi dan stok lagu-lagu kegemarannya. Anda boleh karaoke juga jika dia sudi mendengar.

11. Dengar

Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda. Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.

12. Anak-anak

Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.

13. Terus-terang

Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja. Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.

14. Kemas

Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera. Deko rumah anda dengan bertanyakan pendapatnya dahulu. Anda mungkin suka pink tapi bukan dia. Pilih bersama-sama agar keduanya selesa.

15. Hati perempuan memang mudah merajuk

Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga. Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.

16. Berdikari

Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian. Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.

17. “Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”

Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda. Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini.

18. Shopping

Orang lelaki agak jarang membeli-belah kerana pakaian dan alatannya tahan lasak. Bila tiba masanya, temani dia memilih barangnya. Tunggu di fitting room, beri pendapat. Sewaktu berjalan, genggam erat tangannya. Jika anak-anak berlari, kejar bersama-sama sambil berpimpin tangan. Itu pun dikira romantik juga.

19. Facebook

Memiliki akaun media sosial seperti menjadi satu kewajipan pada hari ini. Cuba bataskan perkongsian anda di sana. Kongsi gambar sekadar untuk tatapan keluarga dan kenalan yang lama tidak bersua. Elakkan status hal personal yang emosi. Menjaga batasan di sana bererti anda menjaga nama baik suami juga.

20. Romantis

Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua. Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.

21. Solehah

Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya. Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.

Sebenarnya agak mudah juga untuk memikat hati seorang suami. Lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Anda cuma perlu menjadi sedikit kreatif dan rajin mencuba.

Kadang-kadang, mengetahui dia akan kembali ke pangkuan anda setiap hari, membuatkan anda terlupakannya. Dia mungkin ada di sana, tetapi merasa terasing dan jauh. Anda rasa dia kuat, tetapi ingat superhero pun perlukan girlfriend juga.
Kembalikan saat anda bercinta dahulu. Jadi diri anda yang dahulu, yang sangat dirinduinya.


Jangan lupa pikat hatinya setiap hari!


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Selalunya setiap hari kita suai padankan baju ke ofis, keluar berjalan-jalan ataupun ke shopping mall, adakah baju yang kita pakai tu betul-betul sesuai dengan bentuk badan kita? Selalu jugak kita tengok..dekat patung baju tu lawa semacam jekk..tapi tang masuk badan kita jek, dah jadi bermacam-bermacam pulak kan.. Sebab tu kita kena  kenal dulu bentuk badan kita yang sebenar tau!







1. BENTUK SEGITIGA ATAU 'PEAR' 

Bentuk tubuh ini adalah bentuk yang biasa dimiliki oleh seorang wanita. Bahagian pinggul adalah lebih besar daripada bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk tubuh ini, berikut adalah tips pemakaian yang sesuai untuk anda:

  • Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil/tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas. Ini adalah penting untuk mengimbangi bahagian pinggul yang besar.

  • Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
  • Untuk tubuh bahagian bawah pula, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
  • Elakkan memakai skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan lebar. Pemakaian jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di bahagian pinggul hendaklah dielakkan kerana ia menonjolkan bentuk pinggul anda yang besar
  • Untuk warna pula, pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap. Tips ini adalah menumpukan kepada bahagian atas badan, bukan bahagian pinggang dan ke bawah.
  • Cari aksesori yang boleh dipakai di leher sehingga dapat menyeimbangi area pinggul dan paha. Hindari memakai pakaian yang ketat





2. BENTUK JAM PASIR (RECTANGLE /HOURGLASS)

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang yang sama, tubuh mengecil di bahagian pinggang. Untunglah sekiranya anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini kerana anda boleh memilih apa sahaja pakaian serta fesyen kegemaran dan masih tampak menawan dan jelita. 

  • Untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh yang sempurna itu, pakaialah pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun. Dari segi pemilihan fabrik pula, kebanyakan warna adalah sesuai.
  • Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar potongan A-line agar anda kelihatan ramping.





3. BENTUK OVAL /APPLE 

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan berbentuk epal kerana cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang yang besar


  • Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.

  • Pilih dress atau skirt berbentuk A, dan cari warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

  • Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.

  • Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi. 
  • Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
  • Cari baju yang agak longgar sehingga membantu menutup bagian pinggang.

  • Hindari aksesori pinggang terlalu banyak agar pinggang tidak terlihat makin lebar dan gemuk.





4. BENTUK STRAIGHT / RECTANGLE

Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.

  • Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.

  • Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.




5. BENTUK DIAMOND


Wanita yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini dicirikan dengan bahagian pinggul atau perut yang agak besar berbanding dengan bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam kategori bentuk tubuh ini, berikut adalah tips yang sesuai untuk anda amalkan:

  • Agar tubuh kelihatan lebih kurus, elakkan daripada memakai pakaian berwarna terang dan mempunyai corak yang menyerlah. Pilih warna pakaian yang gelap dan corak yang sederhana 

  • Pemakaian aksesori labuh di bahagian leher juga dapat membantu anda kelihatan lebih kurus
  • Sekiranya anda ingin memakai gaun, pilih gaun tanpa pinggang. Pemakaian vest yang terbuka juga turut membantu anda tampak lebih kurus



6. BENTUK INVERTED TRIANGLE

Bentuk tubuh yang turut menjadi idaman para wanita. Wanita dengan bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian atas badan yang lebih besar daripada bahagian bawah. Berbeza seperti mereka yang mempunyai badan berbentuk segi tiga biasa, pemakaian di bahagian atas perlu diminimumkan. Berikut adalah tips pemakaian yang tepat untuk wanita dengan bentuk tubuh ini.

  • Pilih skirt yang bergaris A, bertekstur garang dan juga bergaris mendatar untuk meyeimbangkan bentuk tubuh. Anda juga disarankan menggunakan seluar labuh/palazo

  • Untuk pakaian bahagian atas, pakai blaus yang berkolar luas. Pilih corak pakaian dengan garis menegak dan fabrik yang bertekstur halus.
  • Dari segi warna pakaian pula, pilihlah warna-warna yang gelap atau neutral untuk bahagian atas badan. Elakkan juga daripada memakai pakaian yang mempunyai corak menyerlah.

Haa..sebelum tu, mommies dah tau ke mommies punya bentuk badan yang mana? Yang belum tau, jom kita cek dulu kita punya badan jenis yang mana naa..

Kita guna body shape calculator nih..Vee dah tolong ampa semua.. 

Klik BODY SHAPE CALCULATOR















Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Selalunya setiap hari kita suai padankan baju ke ofis, keluar berjalan-jalan ataupun ke shopping mall, adakah baju yang kita pakai tu betul-betul sesuai dengan bentuk badan kita? Selalu jugak kita tengok..dekat patung baju tu lawa semacam jekk..tapi tang masuk badan kita jek, dah jadi bermacam-bermacam pulak kan..


Mommies tau tak sebab apa? Sebab kita tak betul-betul mengenali bentuk badan kita yang sebenar. Penting ni tau. Dah tau jenis bentuk badan kita yang mana, senang la nanti kita nak padankan dengan baju apa pun. Jom Vee nak share guna calculator bawah ni. Senang je. Yang penting mommies masukkan saiz Bust (Dada), Waist (Pinggang) & Hip (Punggung). Ha..tau tak mana satu tu?










Klik untuk ketahui pakaian yang sesuai mengikut bentuk tubuh  --> OUTFIT IDEAS  


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Tips berikut telah dicuba dan diuji oleh ibu-bapa berkerjaya dan amat disyorkan.

1. Sediakan makanan anda terlebih dahulu


Suami saya dan saya akan sentiasa memasak makan malam dengan banyak, sebagai contoh, kita memasak keseluruhan pek Spaghetti untuk makan malam, untuk 2 dewasa dan anak lelaki kami yang berumur 1 tahun. Bakinya akan dibungkus untuk makan tengah hari di pejabat dan makan malam untuk 3 hari seterusnya! Untuk variasi, anda boleh memasak 2 hari berturut-turut dan anda ada variasi untuk makan tengah hari dan makan malam.

Tip ini menyelamatkan saya banyak masa dan wang dan ia adalah mudah bagi saya kerana saya tidak kisah untuk memakan makanan yang sama untuk beberapa hari.

2. Galakkan anak-anak anda untuk berkongsi kerja-kerja rumah


Apabila saya dan abang saya membesar, ibu saya yang membahagikan semua kerja-kerja rumah kepada kami. Saya akan menyapu lantai dari Isnin hingga Rabu dan adik saya akan mop dari Isnin hingga Rabu.

Pada Khamis hingga Sabtu, dia akan menyapu lantai dan saya akan mop. Kami seterika pakaian seragam kita sendiri dan memasak makanan yang ringkas untuk diri kita sendiri selepas sekolah. Jadi, pada umur 8 tahun, kami agak berdikari.




3. "Mainan" selamat dan boleh dimakan untuk mengalihkan perhatian anak anda



Ibu bapa yang bekerja dari rumah, sentiasa perlu untuk mengalihkan perhatian anak-anak mereka kerana mereka harus bekerja. Salah satu cara kegemaran saya adalah Mainan doh Marshmallow. Ia senang dibuat dan ia boleh dimakan! Rasanya sedikit manis tetapi tidak sedap, jadi anak anda tidak akan makan semuanya.

Anda boleh membuat ia dengan meleburkan marshmallow, tepung jagung dan minyak kelapa dalam ketuhar gelombang mikro pada setting yang tinggi selama 30 saat dan gaul rata, tambah beberapa titik pewarna dan anda selesai! Anak anda akan seronok menarik, mengolek dan main dengan doh!



4. Menyanyi di dalam kereta bersama-sama



Jika keluarga anda sering membuat perjalanan jarak jauh dengan kereta, anda akan memahami bahawa ia menyusahkan untuk melancong dengan anak-anak kecil. Tidak seperti bayi, yang akan tidur sepanjang perjalanan, kanak-kanak akan mempunyai masalah untuk duduk secara diam di dalam kereta walaupun untuk 1 jam.

Untuk menjadikan perjalanan anda lebih menyeronokkan, galakkan anak anda untuk menyanyi di dalam kereta dengan mummy dan daddy. Nyanyian dalam kereta sangat bermanfaat kepada anak anda kerana ia menggalakkan keyakinan, komunikasi, perbendaharaan kata dan celik huruf.




5. Galakkan mereka untuk mengemaskan mainan mereka



Anak kecil saya hanya berumur 1.5 tahun dan dia rasa kerja rumah sangat menyeronokkan! Setakat ini, dia tahu bagaimana untuk mengemaskan mainannya sendiri dan suka membantu dengan pembersih vakum sejak dia melihat mama dan ayah beliau sentiasa mengelap dan membersihkan rumah, dia memang suka mengelap meja, kabinet dan tumpahan kecil di atas lantai.

Beliau berpendapat bahawa dia sedang membantu dan dia menikmati perhatian selepas melakukan kerja rumah. Untuk menggalakkan anak anda untuk melakukan kerja rumah, pujilah anak anda, walaupun ia tidak sebersih jika dilakukan oleh anda, pujilah dan berterima kasih kepada anak anda kerana dia sudi membantu anda.
Pujian anda akan meningkatkan keyakinan mereka dan mereka lebih cenderung untuk membantu anda pada masa depan.





6. Sebarkan kerja rumah

serikan rumah tangga


Ia mungkin senang untuk melakukan SEMUA kerja-kerja rumah pada hari Sabtu tetapi ia bukan idea yang baik kerana anda akan kehilangan satu hari untuk menghabiskan masa dengan anak anda.

Jika anda tinggal di rumah, dengan 2 anak-anak, dan tidak ada pembantu rumah, membasuh pakaian sahaja akan mengambil masa sehari suntuk, anda juga perlu menyapu, mop, seterika pakaian, mencuci tandas dan mungkin juga memasak. Mengapa tidak menyebarkan kerja rumah selama seminggu? Sebagai contoh, mencuci pakaian pada hari Selasa dan Jumaat, vakum dan mop pada hari Khamis, mencuci tandas pada hari Rabu dan anda hanya perlu seterika pakaian pada hujung minggu.

Dengan kerja rumah anda tersebar dan anda dapat berehat pada hujung minggu dan meluangkan masa dengan keluarga tercinta.



*Dipetik dari theasianparent.com


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Antara fail penting dalam keluarga adalah fail yang melibatkan rekod kesihatan setiap ahli dalam keluarga. Jangan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini barulah terhegeh-hegen mencari rekod klinik dan surat doktor. Selain menyimpan segala dokumen kesihatan, anda turut perlu memainkan peranan dalam menyusun jadual temujanji doktor anda, dan anak-anak anda. 

PRINTABLE MEDICAL BINDER ini pasti dapat  memudahkan hidup anda. Terdapat banyak versi, namun ini kami berikan contoh yang terus boleh anda aplikasikan dalam menguruskan rumahtangga anda agar lebih tersusun.


Klik SINI untuk melihat TIPS URUS MASA bagi ibu yang selalu sibuk dengan urusan harian.




================================================

Printable Medical Binder

================================================


Klik butang dibawah untuk dapatkan beberapa  template PRINTABLE MEDICAL BINDER 100% PERCUMA. Cetak siap-siap dan jadikan ia sebagai salah satu fail penting keluarga anda. 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Awas! Jika anda selalu gagal untuk menguruskan rumahtangga anda. Selalu tak sempat memasak setelah seharian bekerja bukan alasan untuk anda tidak dapat menyediakan makanan terbaik dan berkhasiat utk anak2 dan buah hati anda. Mana lagi makanan air tangan si ibu yang boleh di ingati, mana lagi makanan kesukaan anak2 yang menjadi pengikat kasih sayang si ibu dan anak2? Apatah lagi menjadi pengikat kasih sayang suami isteri..

Bak kata orang tua2, jaga makan pakai suami. InsyaAllah bahagia...

Klik SINI untuk melihat TIPS URUS MASA bagi ibu yang selalu sibuk dengan urusan harian.





================================================

Printable Meal Planner 

================================================


Beberapa Template untuk Rancang Menu Seminggu/Sebulan anda, kami berikan 100% PERCUMA. Dapatkan Printable Meal Planner khas supaya anda boleh menjimatkan masa untuk ke kedai runcit setiap hari dan membuat penyediaan untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu!



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Cara terbaik meguruskan rumahtangga adalah dengan menyediakan 'To-Do-List' anda setiap hari. Bukan di pejabat sahaja tau yang perlu disenaraikan apa yang perlu anda lakukan pada hari itu sebelum memulakan tugasan anda. 

Caranya, samada anda boleh senaraikan 'To-Do-List' anda pada malam sebelumnya, atau boleh juga di lakukan pada setiap awal pagi. Pastikan tulis dan rancang jadual anda pada permulaan hari, sebelum buat apa2 tugas sekalipun. 
Walaupun banyak juga teknologi terkini yang boleh anda gunakan, seperti aplikasi di mobile phone, namun kadangkala cara manual lebih efektif mengatasi segalanya!

Klik SINI untuk melihat TIPS URUS MASA bagi ibu yang selalu sibuk dengan urusan harian.




================================================

Printable Family Organizer

================================================



Klik butang dibawah untuk dapatkan beberapa  template PRINTABLE FAMILY ORGANIZER 100% PERCUMA. Anda juga boleh jadikan fail/buku sebagai buku harian anda mahupun lekatkan di peti sejuk di rumah! 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Walaupun sesibuk mana pun mommies, jangan lupa jaga penampilan ye! Antara Tips yang mommies boleh guna untuk sentiasa kelihatan stylo dan kemas, jom Vee share kan ye..




2 Helai Seluar Terbaik Anda. Samada seluar jeans terbaik anda, atau apa jua seluar yang boleh di bawa kemana2 majlis. Satu untuk ke majlis yang lebih santai atau casual, satu lagi untuk ke majlis yang lebih sopan. Misalnya ke majlis hari jadi anak kawan atau ke rumah2 sahabat. Selain lebih relax, boleh juga jadikan sebagai pakaian Smart Casual anda. 2 Helai ye sekurang2 nya.



Cardigan. Tau tak cardigan ni sangatla penting. Terutamanya untuk waktu2 kecemasan. Selain selesa, easy to wear, pakai sarung je dan tak nampak terlalu plain. Lebih bagus kalau ada pelbagai jenis cardigan yang boleh mommies padankan. Sekarang ni Long Cardigan untuk muslimah pun dah bermacam-macam style dan warna kan. Pilih aje.



Basic Tee - Layering Style. Ha, untuk dipadankan dengan cardigan, basic tee ni perlu la ada. Selain selesa dan tak terlalu tebal, mommies boleh pilih untuk pilih basic tee yang ada lengan atau tanpa lengan. TAk berlengan pun tak apa sebab nanti kita akan padankan dengan cardigan pilihan anda kan.. antara warna2 penting adaah warna putih, hitam, dan grey. Warna koko dan warna2 lain boleh juga dimasukkan dalam list mommies.







Baju Berbutang Warna Putih. Baju sebegini turut disenaraikan antara pakaian wajib para mommies. Terpulang pada keselesaan ye. Selain dari nampak bersih, warna putih ni memang sesuai untuk semua.






Structured Blazer. Kebanyakan blazer pada masa kini bukan sahaja digunakan untuk untuk acara2 formal. Tapi boleh juga dikenakan ke majlis2 yang lebih casual. Apa kata padankan blazer dengan seluar jeans anda. 




Pilihan lain adalan dengan mengenakan denim jaket. Dua pakaian berbeza dengan perspektif gaya yang berlainan!







Versatile Dress atau Skirt. Walaupun tak banyak, mommies perlu juga sediakan dress/ skirt pilihan untuk ke majlis2 formal seperti kenduri, majlis makan malam, dan sebagainya. Selain itu, boleh juga jadikan baju kurung terbaik anda untuk ke majlis-majlis seumpama ini.


Flats. Mommies tak perlu nak pakai 'heels' sentiasa untuk tampak menarik. Flats sudah cukup untuk jaga keselesaan mommies dengan anak2. Disamping cukup cantik jika pandai digayakan. Warna-warna 'nude' sebegini senang untuk dipadankan. Selain itu, hitam dan coklat juga boleh dipadankan.





Ankle Boots/ Heels. Ankle Boots atau kasut yang dikatakan ber 'wedges' turut boleh digunakan untuk mempelbagaikan gaya. Yang penting perlu diberi penelitian terhadap keselesaan anda.




Jangan lupa untuk yang selesa berkasut tumit tinggi, boleh juga di jadikan pilihan ketika ke majlis atau kenduri ye!

Beg. Dua jenis pilihan mommies yang ada anak kecil. Satu adalah beg yang dipanggil tote bag. Bersaiz besar untuk mengisi keperluan anak seperti pampers, botol susu. Satu lagi adalah beg yang lebih kecil untuk mommies yang nak tukar angin dengan mengenakan beg yang bersesuaian untuk ke tempat-tempat tertentu





Aksesori. Boleh dikira sebagai pelengkap gaya mommies. Cermin mata hitam misalnya, selain dapat melindungi mata daripada matahari, boleh jugak digunakan sebagai penambah seri pada gaya mommies. Antara lain adalah scarf, rantai, gelang, mahupun anting-anting.




* Gambar yang ada ni sebagai rujukan sahaja ye mommies. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

* About Us *



Vedora Look shares tips for SUPERmom who always busy in their everyday routine and gives simple ways on how moms can always look chic all the time.

#Premium Attire for Busy Mommies
#SUPERmom On The Go
#Gaya & Fesyen SUPERmom



* TRENDING NOW *

  • Body Shape Calculator - Jom Ukur Bentuk Badan Kita yang Mana Satu
  • 6 Jenis Bentuk Badan Supermom! - Nape Bila Kita Pakai Baju tak Secantik Macam Patung tu Pakai??
  • 6 Tips untuk Mengimbangi Kerjaya, Keluarga & Anak-anak
  • 21 Cara - Jom Pikat Hati Suami Setiap Hari

* RECENT STYLIST ADVICE *

  • Bentuk badan semua orang sama ke?
  • Saya selalu 'busy' dengan anak, kerja lagi, tak sempat nak berfesyen!
  • Macam mana nak tau pakaian tu sesuai tak dengan saya?

* Follow Us *

  • Facebook
  • Instagram
  • Vedora Look

* Labels *

  • Fashion Tips
  • Inside Vedora Look
  • Supermom's Tips

* recent posts *

Facebook Instagram Vedora Blog

Created with by BeautyTemplates